Wednesday 25 April 2012

Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia


Pada 15 April hari tu, UUM telah mengadakan Hari Pengasasan UUM. Lebih kurang macam sambut birthday UUM la ni. Tetamu kehormat kami ialah Tun Dr Mahathir Mohamad-founder UUM. Apa lagi, tugas kami sebagai pegawai kadet PALAPES UUM dimanfaatkan sebaik-baiknya. Setiap kali ada event yang besar-besar kan, mesti ada persembahan perbarisan daripada kami. Actually bukan persembahan tapi perbarisan la. Itu yang membuatkan kami semangat! Best tau masuk perbarisan ni. Dengan pakaian no.3...wah, dah rasa macam pegawai pulak. hehehhe. Untuk Hari Pengasasan ni, semua perkhidmatan terlibat termasuklah pasukan SUKSIS yang turut menjayakan majlis ini. Kami berada di barisan yang paling kanan diikuti perkhidmatan navy, airforce seterusnya suksis. Untuk majlis kali ini, SUO Darat yang ambil baris. Part yang paling best sekali, time Tun M check baris. Tun p kat sorang2 tengok kami. Rasa bangga sat masa tu. Huhuhu. Habis check baris tu, SUO Darat lapor, kami pun jalan keluar. Tapi lepas habis je perbarisan, ramai antara kami balik sebab nak p kelas plak. Tak sempat tengok apa yang berlaku dalam dewan. Emmm...saya pun balik jugak tapi buat assignment...=). Kat sini ada satu video waktu hari kejadian...ada kawan jumpa kat youtube. Tengoklah, dan kalau anda cekap, carilah saya dalam baris tu nanti ye!





* Perbarisan hormat Diraja semasa sambutan perasmian hari ko-k saya turut terlibat tapi takde video. Nanti saya akan usahakan. VIP waktu itu ialah Tunku Intan Syafinaz dan baris diambil oleh Leftenan Muda Azrul dari perkhidmatan darat. InsyaAllah, post yg setereusnya saya akan share bersama dengan anda semua.

No comments:

Post a Comment