Friday 27 April 2012

Dikir Barat Srikandi Chendana



Assalamualaikum semua. Hari ni sy nak share something. Dalam bulan Mac yang lepas, dpp BSN ada buat Festival Kebudayaan. Macam-macam aktiviti kebudayaan ada. Nak apa, sebut je. Hehehe...antaranya ialah bengkel kompang (yg ni sy jd ajk makanan), bengkel tarian tradisional, bengkel cheerleading, pertandingan nasyid, pertandingan dikir barat, pertandingan nyanyian solo dan pencarian ikon BSN. Hmmm...kalau nak diikutkan, sy nak join nasyid tp sy dah buat preparation untk dikir barat. So, just proceed je sebab dah lama tak berdikir. Sy tak nak hipokrit. Kalau kat sekolah menegah dulu, ada je event untuk sambutan Hari Guru ke, Hari Merdeka ke, mesti cikgu2 request suruh buat persembahan dikir barat. Apalagi, masa sekolah dulu sy ni agak2 brutal cket...cari kawan2, buat lagu, fikir step, rehearsel....siap!! Then, bila dah masuk U ni mcm tak terjangkau dek pikiran untuk buat dikir barat. Sampailah ada festival kebudayaan ni. Pada mulanya agak segan, fikir 2-3 kali gak la nak masuk ke tak. Tapi, tgok ramai pulak kawan2 yg excited, jd sy teruskan. Actually, sy buat ni pun untuk mengeratkan lagi hubungan kami antara intake especially ladies. Maksud sy, intake palapes sy, intake 27 ataupun dikenali sebagai intermediate. Untuk pertandingan tu, kumpulan kami dinamakan sebagai Srikandi Chendana-on the spot je bg nama. Huhuhu. Kami terdiri drpd 17 org (ladies intake 27 sume ada 34-yg lain jd ajk dan supporters). Awak2 seramai 16 org dan sy yang solo tu. Tak tahu la apa nama dia...Tok Jogho ke Tukang Karut! Or maybe just mengarut. Hahaha.

di belakang tabir...masing2 cuba hilangkan rasa gemuruh

Kami gunakan lagu ''Kelate Kito'' by Fendi Kenali. Kami ubah lirik dia cket dan memang masuklah. Kalau nak tahu, kami jadi JUARA tau. Juara dari 4 buah kumpulan yg bertanding. Seronok rasa! Then, untuk majlis penutupan tu, kami diminta untuk membuat persembahan kerana menjadi juara. Sudah pasti persembahan masa hari penutup lagi best dari waktu pertandingan tu. Sebab nervous tu dah hilang. =) Apapun, ni memang kenangan yang paling indah bg kami dan secara peribadi sy rasa terharu dan teruja sebab ada kawan2 yg asal dari kedah,  perak, johor-diorang plak yg lebih excited nak join even diorang tak tahu mcm mana nak berdikir barat. Tu yg saya rasa lagi bersemangat nak masuk. Bila dah habis bertanding...rasa satu kepuasan sebab kami takde banyak masa pun untuk buat latihan. Dalam masa 2hari je, kami baru buat lagu, fikr step dan practice. Sebab masing2 waktu ni sibuk tapi masih lagi mampu memberi komitmen dan kerjasama yang baik. Alhamdulillah! Sebenarnya ini yg sy ingin perolehi. Ukhuwah antara kami sentiasa teguh...saling bantu-membantu. Give n take! Kenangan terindah....=)


kumpulan pertama yang membuat persembahan...ok jugak =)

kumpulan kedua membuat persembahan-terdiri drpd junior Darat =)

jeng2!! tibalah giliran kumpulan kami.
srikandi bersedia dengan alat muzik masing2...=)

awak2 dah masuk...masing2 berdebar..hehe

pusing depan....tunduk...senyum cket :-)

dah duduk...get ready, ladies intermediate mantap!!!

taraaa!!!! buat gimik cket. bg dgar suara je, tp orngnya masuk kemudian. 
tu dapat juara kot noh...hahahahah =)

ni kumpulan keempat yang buat persembahan
 kumpulan ni wakil dari senior kami...=)

felo dpp BSN dijemput menjadi juri


pengacara pertandingan...Yusdie dan Najwa =)

 baru habis buat persembahan...fuh, lega!

No comments:

Post a Comment